Saturday, December 11, 2010

Epis0de 4

Suasana di perkampungan disitu sungguh nyaman dan sejuk.Kilauan lampu jalan menambah keceriaan kampung itu.Dengan kehijauan tumbuhan-tumbuhan,membolehkan mereka menghirup udara yang segar.HaiQal,Myrul dan Erin sedang berjalan-jalan disalah satu jalan disitu.Terdapat bayak gerai menawarkan cenderamata.

Myrul berhenti singgah di gerai yang menawarkan rantai-rantai yang hanya boleh didapati di dunia itu.Bentuknya menarik membuatkan orang ramai membelinya.Matanya tertancap pada satu buah rantai yang cantik.Dia akan cuba memancing perhatian Erin yang nampaknya lebih berminat berbual bersama HaiQal.Dia hendak menyampuk pun tidak boleh kerana dia tidak tahu apa yang mereka bualkan.

Erin,cuba tengok rantai ni?Cantik tak?”Panggil Myrul.Erin pergi ke arah Myrul.’Nampaknya dia memang tertarik.Berjaya jugak misi aku’.Getus hatinya.HaiQal hanya melihat.

‘Tak pe Myrul..harini hari kau,esok hari aku.’Hati HaiQal pula berbisik.Dia turut membelek-belek rantai yang berada disitu.

Dalam kesibukan membelek rantai untuk mencari yang berkenan di hati,terdengar pula jeritan-jeritan penduduk dari arah selatan.Rupa-rupanya tentera Darksym sedang menyerang kawasan tersebut.

“Erin,Myrul,kita berpecah!!”Arah HaiQal.Mereka berdua mengangguk.Dalam keadaan begini mereka harus bergerak pantas.

“The Sword 0f Eternity!!!!!!”Jerit Erin sambil membunuh beberapa askar-askar Darksym menggunakan pedang pemberian Ratu Emerald.Satu persatu askar Darksym tumbang dengan sekali libasan pedang itu.

Dalam kesibukan perang kecil yang berlangsung,Erin terlihat seperti kelibat lelaki yang pernah menyelamatkannya ketika dia tersesat di dalam Hutan Larangan.Erin cuba mencari lelaki tersebut tanpa memberhentikan perbuatannya itu.Tanpa disedari..

“Lightning Archer!!”Kuasa yang dihasilkan oleh Hakim atau ShinKnight mengenai dia.Akibat tidak berhati-hati itulah padahnya.

Erin!! Erin!!!!Erinn!!!”Kedengaran sayup-sayup suara memanggil namanya sebelum pandangannya bertukar menjadi gelap.

*******************************
Erin cuba bangun.Ketika dia cuba berjalan,dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu jatuh.Badannya terkena pada pasu yang berada di atas meja di sudut tepi itu lalu jatuh.Erin mengaduh kesakitan.Ketika itu baru dia sedar.Dia bukan berada dibiliknya yang berada di istana Fantasym.Bilik itu begitu asing.Dengan berdindingkan kayu jati,sebuah katil single, dua buah kerusi kayu,sebuah cermin dan sebuah meja yang meletakkan sebuah pasu yang sudah pun dia pecahkan.

Eric yang berada diluar meluru masuk kedalam apabila mendengar bunyi sesuatu yang pecah.

“Awak tak apa-apa?”Wajah Eric bertukar cemas.Dilihatnya kaki Erin berdarah akibat terkena tusukan pasu yang pecah.Lantas dia mengambil botol kecil yang sentiasa tersemat dipinggangnya.Erin terkejut.ERIC!Dialah lelaki yang menyelamatkan dia dahulu.Erin cuba menyentuh muka lelaki itu.

“Jangan bergerak!Kau dah cedera ni!”Marah Eric apabila Erin cuba bergerak.Erin diam.Dia hanya melihat Eric merawatinya.Sehingga dia selesai membalut kakinya itu,Erin masih lagi mematuhi arahan Eric.Apabila Eric menyuruh Erin berpaut pada bahunya untuk membantu dirinya berdiri,Erin masih mengikutinya.

“Tunggu disini,aku ambilkan makanan untuk kau.”Kata Eric seraya keluar daripada bilik itu.Erin termangu sendirian.Dia memikirkan tingkah Eric yang pelik.’Semasa dia selamatkan aku dulu,kenapa dia pergi dengan tiba-tiba apabila aku memberitahu nama aku?Dan siapa dia?Kenapa dia selamatkan aku?Apa hubungan dia dengan aku?Kenapa bila aku rapat dengan dia, aku rasa tenang?’Berbagai-bagai soalan membelenggu dirinya waktu itu.

“Nah,makan sup ni dulu,ia ada penawar sekali.Kejap lagi kau akan sembuh lepas kau makan sup ni.”Kata Eric sambil menyerahkan semangkuk sup kepadanya.Semasa Erin mengambilnya,Erin menggunakan kesempatan itu untuk berterima kasih.

“Terima kasih Eric sebab selamatkan saya dahulu,dan terima kasih sekali lagi sebab dah selamatkan saya sekali lagi.”Erin memberikan senyuman yang paling manis untuk orang yang pernah menyelamatkan dia sebanyak dua kali.

“Kau..kau ingat nama aku?”Eric yang bercadang hendak keluar daripada situ tidak jadi melihat senyuman Erin itu.Sebaliknya dia bercadang hendak menemankan Erin disitu sehingga dia habis makan.Eric mengambil salah satu kerusi yang berada disitu.Entah mengapa,ketika dia sedang sibuk mengawal tentera-tentera ayahnya yang sedang memusnahkan perkampungan 0scura,matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang berlawan dengan tentera-tentera Darksym.Gadis yang pernah dia selamatkan dia dahulu.Dan seketika mata mereka berdua bertembung,seorang kesatria telah salah menyasarkan kuasanya dan apabila ianya hampir mengenai gadis itu,dia menyelamatkannya.Entah apa yang telah merasuk dirinya ketika itu.Dia telah menyelamatkan seorang kesatria!iaitu musuh kerabatnya sendiri!

Yang peliknya,apabila dia bersama dengan gadis itu,hatinya begitu tenang.Seolah-olah semua masalah yang dihadapinya hilang begitu sahaja.Bukan itu sahaja,permata Ascenders yang berada di lehernya bercahaya apabila dia mendekati gadis itu.Siapakah sebenarnya gadis ini?Yang dia tahu,dia ingin sekali melindungi gadis itu!

“Terima kasih Eric!Sedap sup yang awak buat ni!”Puji Erin sambil menunjukkan mangkuk sup yang licin.Eric tersedar langsung  terkejut.’Badan kecik macam ni pun mampu habiskan sup yang bermangkuk besar itu!’

Erin ketawa melihat mulut Eric yang terlopong.Tawanya terhenti apabila kakinya yang tadi dibaluti oleh Eric terlerai dengan sendirinya.Erin meraba-raba betisnya yang putih bersih itu.Langsung tidak ada kesan luka.Eric hanya menelan air liurnya.

“Eric!Cuba awak tengok!Dah tak de kesan luka!”Beritahu Erin dengan teruja.Tangannya menarik tangan Eric supaya memegang betisnya.Namun pantas Eric menarik kembali tangannya.Erin baru tersedar akan keterlanjurannya sebentar tadi.

“Minta maaf,tapi,macam mana awak buat tadi?Hebat betulla!”Pujinya lagi.

Kan aku dah beritahu kau,kejap lagi luka kau akan sembuh.Aku guna botol ni”.Beritahu Eric sambil menunjukkan botol yang digunakan tadi.Erin pelik.Itu botol yang sama dengan HaiQal,’The Cure Of  Illusion’.Dan seperkara lagi,bagaimana botol itu boleh ada pada Eric?Hanya para kesatria dan kerabat-kerabat diraja sahaja yang boleh menggunakan botol itu.

“Si..sia..siapa awak sebenarnya ni Eric??”Erin mula mengesyaki sesuatu.Eric hanya tersenyum.tetapi senyuman itu tawar.Bagaikan dia menanggung sesuatu yang besar.Erin dapat merasainya.

“Aku adalah Prince Eric,Putera bagi Dunia Darksym.Buat pengetahuan kau,aku yang arahkan kesemua tentera Darksym untuk menyerang perkampungan 0scura itu.Dan aku juga musuh terbesar bagi kerabat kesatria.”Terang Eric.Dia tahu,dia tidak perlu berselindung lagi,dan dia tidak lagi boleh melindungi Erin lagi.Eric bangun.Erin terkejut.Melihatkan Eric bangun dan sepertinya akan meninggalkannya buat selama-lamanya,Erin pantas memegang tangan Eric.Dia mula menangis.

“Jangan tinggalkan saya..tolonglah jangan tinggalkan saya..Eric..jangan tinggalkan saya lagi..”Rayu Erin.’Lagi?’Eric terkejut.Esakan Erin makin kuat apabila Eric cuba menarik tangannya kembali.

“Kau tak takut ada aku?Aku mungkin akan bunuh kau..”Kata Eric.Hatinya luluh melihat Erin.Dengan serta-merta dia teringatkan akan adiknya dahulu.Adik yang telah sekian lama dia tinggalkan.

Erin menggeleng.”Tak..Erin tahu yang awak takkan bunuh Erin..Awak orang baik..Kenapa tak cuba lawan kuasa jahat tu?”Tangisan Erin semakin kurang apabila Eric memeluknya.Rasa tenang menyelubungi diri mereka berdua.Seketika kemudian,Erin ternampak buah rantai yang dipakai oleh Eric.

“Arcenders????”

Monday, December 6, 2010

Epis0de 3

Mereka semua berada di tanah lapang yang berada di belakang istana.Mereka sedang berlatih cara-cara unutk memanah.Dengan dibantu oleh pembantu-pembantu istana,dengan mudah mereka menjalaninya.

Erin dengan tenang menumpukan perhatiannya ke arah pusat.Dengan sekali latihan,dia telah berjaya.HaiQal yang melihat hanya bertepuk tangan.

“Pandai nampaknya?Orang lain masih lagi terkial-kial nak belajar.”Pujinya.Erin sudah tersipu-sipu malu.Dia berkata.

“Entahlah Qal..Aku pun tak tahu yang aku pandai memanah ni..”

“Tak tahu??Biar betul kau!Belajar memanah ni sekurang-kurangnya setahun nak dapat tepat pada pusatnya.”Tanya HaiQal ambil tangannya menunjukkan ke arah papan memanah itu.Erin hanya mengangkat bahunya.

“Aku tak ingat apa-apa.Aku hilang ingatan masa aku umur 6 tahun.Masa tu juga aku kehilangan ibu,ayah dan abang.Sekarang ni,dah 10 tahun aku tak jumpa dengan diorang.Kalau Myrul tak beritahu yang  aku ada ayah,ibu dengan abang,aku  takkan tahu punya.”Terangnya panjang lebar.

HaiQal yang baru sahaja melepaskan anak panahnya memandang Erin.HaiQal tersenyum.

“Cerita kau hampir sama aku,tapi ibu dengan ayah dah lama meninggal.Adik aku kalau masih ada dia mesti sebaya dengankau.Wjahnya sama macam kau.Mungkin sekarang ni dia dah bahagia dengan keluarga angkat dia..”Wajah HaiQal tiba-tiba berubah sayu.Erin berasa kasihan.Dia berjalan menghampiri HaiQal.

“Dalam dunia ni takkan ada yang kekal.Jadi,ia terpulanglah kepada kita untuk menghargainya.Kalau aku rasa sunyi,aku akan tengok batu ni..”Kata Erin sambil menunjukkan batu permata bewarna biru yang dipakai seperti loket.HaiQal terkejut.

“Itu bukannya permata Ascenders??Macammana kau boleh dapat benda ni?”Batu permata biru itu hanya boleh dijumpa 4 kali dalam 100 tahun.Dan ianya juga hanya boleh dijumpai di dunia Fantasym.Siapa sebenarnya Erin ni?

“Hei..apa korang berdua bualkan ni?Semua orang tengah sibuk buat latihan untuk mendapatkan bull-eye,korang sempat lagi berbual..”Muncul Hairie dan Hakim yang asyik berkepit macam belangkas.HaiQal menunjukkan papan memanah mereka.Mereka berdua sudah banyak kali mendapatkan bull-eye.Hakim dan Hairie masing-masing terkejut.

“Wah wah wah..terrer betul korang berdua ni,dahlah pakai baju yang sepadan,lepastu dua-dua pun dapat bull-eye.”Hairie mengusik.

“Orang kata ape ye??Haa…chemistry…”Mereka berempat langsung ketawa.Suka benar Hakim dan Hairie mengenakan mereka berdua.

Manakala di suatu tempat,Ellis cuba mengambil kesemoatan terhadap Myrul yang sedang berseorangan.Dilihatnya Myrul sedang ralat memerhatika tingkah Hairie,Hakim,HaiQal dan Erin yang begitu mesra bersama.Rasanya macam ingin berada disitu juga.

“Hai Myrul,dah dapat bull-eye nampaknya?”Puji Ellis.Dia merapatkan badannya kepada Myrul.

Myrul yang sedang ralit memerhatikan Erin tadi terkejut apabila merasakan sentuhan di bahunya.Apabila dia berpusing,sikit sahaja lagi bahagian hadapannya akan bersentuhan dengan Ellis.Lantas dia menolak bahu Ellis.Ellis terdorong kebelakang.

“Hei..apa ni?!”Marah Ellis.Sakit hatinya apabila Myrul menolaknya sebegitu rupa.Seakan-akan Myrul membencinya.Myrul diam.Tidak berkata sepatah pun.Dia kembali menumpukan perhatiannya terhadap papan memanah.Ellis tidak puas hati.Dia berlalu pergi daripada situ.Tak sanggup dia melihat muka Myrul yang seolah-olah kehadirannya disitu tidak memberi apa-apa makna.


**************

Tok!Tok!

Erin membuka pintu biliknya.”Hai Harris,ada apa yang boleh saya bantu?”

“Ratu mengarahkan saya supaya menyerahkan senjata peribadi kepada para kesatria.Terimalah “The Sword Of Eternity”.Sebilah pedang dengan yang diperbuat oleh perak.Sampulnya pula dihiasi oleh batu permata tetapi ringan sahaja..

Seperginya Harris dari situ,Erin keluar daripada biliknya untuk berjumpa dengan rakannya yang lain  yang berada di bawah.

“Apa yang korang dapat??”Tanya Erin.Dia begitu teruja untuk mengetahui apa yang rakannya peroleh.

“Aku dapat pisau ni..”The Knife 0f  Priorty.”Myrul menunjukkan pisau yang dia dapat.

“Aku dapat botol kecil ni..Harris kata benda ni boleh menyembuhkan apa-apa sahaja jenis kelukaan.’The Cure of Illusions’”.HaiQal menunjukkan botol kecil yang berada di pinggangnya.

“Ha..Aku lagi hebat.Aku dapat alat memanah.’The Archery of Truth.Haha..amacam?terrer tak?”Hakim memuji dirinya sendiri.

“Eleh..semua sama jelah..Aku dapat ‘The Stick of  Rules’.Rasa kelakar juga dapat benda ni..Yelah,cuba korang bayangkan,kayu ni je?Tapi mesti ada hikmahnya.”Terang Hairie panjang lebar.

“Kau dapat apa Erin?”Myrul tanya.Erin sudah tersengih.

“Jeng jeng jeng!! ‘The Sword of Eternity’..Tapi aku pun tak tahu nak gunakannya.”Erin tersengih.Hakim,HaiQal,Hairie dan Myrul terlopong.

“Biar betul!!!!”Sebut mereka berempat serentak.Erin ketawa melihat gelagat mereka.

“Apa yang Shahrul dengan Ellis dapat ek?”Getus Erin sendirian.Tiba-tiba,ada sesuatu bewarna kuning terbang melintasinya.

“Hai Twinkle!”Sapa HaiQal.Mereka berempat senyum.

“Ratu meminta kamu semua pergi ke perkampungan 0scura sekarang juga.Ratu ingin kamu menunjukkan kebolehan kamu disana.Tetapi,di mana Cik Ellis dan Tuan Shahrul?”Twinkle memandang ke kanan dan kekiri.Mencari kelibat mereka berdua.

“Jangan risau,kami akan uruskannya”Hairie menghulurkan bantuan.Twinkle mengangguk.

“Kamu harus keluar daripada istana pada malam ini juga.”Kata Twinkle sebelum berlalu pergi.

“Nampaknya dah mulala misi kita nampaknya..”Keluh Hakim.

“Ha! Ellis,Shahrul! Kita ada tugas malam ni!Pergi ke perkampumgam Oscura.Tunjukkan kebolehan kita semua.Keluar daripada istana pada malam ini juga.!”Beritahu Myrul melalui teleportal ditangannya.

“Kita nak pergi bila?”Erin mengajukan soalan.Mereka semua saling berpandangan.

“Sorry,aku dan Hairie dah ada agenda tersendiri.”Jawab Hakim lalu menghilangkan diri.Erin memandang ke arah Myrul dan HaiQal.

“Apa?Ingat kitaorang tak boleh lindungi kau ke?”Marah Myrul apabila Erin melihat mereka berdua seperti tidak boleh dipercayai.

“Eh eh..Takdelah..Cuma,boleh tak kau ajarkan aku teknik menghilangkan diri macam yang selalu Hakim buat?”Didalam kepala Erin sudah terencana rancangan yang ‘jahat’ yang hendak dikenakan terhadap Hakim yang selalu mengusiknya.’Hehehe..siaplah kau Hakim!’

Epis0de 2

“Mari aku perkenalkan kau dengan kesatria yang lain.”Pelawa Myru.Erin begitu teruja apabila mendengar pelawaan Myrul tersebut.

Masuk sahaja kedalam gerbang itu.Matanya tertancap pada suasana disitu.Sungguh indah sekali.Burung-burung berkicauan,mendengar bunyi deruan air terjun yang bersambung dengan dinding istana,tawa anak-anak pembantu-pembantu istana yang sedang bermain berkejaran,semuanya tidak akan didapati di dunia manusia.Dalam keadaan teruja itu,pandangan matanya beralih kepada 4 orang lelaki dan seorang perempuan yang sedang bergurau senda di tepi sebuah kolam pancutan air yang berhampiran.Mereka berdua berjalan menghampiri situ.

“Hei Myrul!!”Panggil salah seorang daripada lelaki itu apabila ternampak kelibat mereka berdua.Yang lain hanya memandang ke arah mereka.

“Hai..ni aku perkenalkan kesatria kita yang terakhir.Erin.Erin,aku perkenalkan,Hairie,kesatria yang pertama,TwinKnight.”Perkenal Myrul.Baik antara mereka hanya berbalas salam sahaja.

“Ini pula Hakin,dia kesatria ke-2,ShinKnight.”Terang Myrul.”Jaga-jaga sikit,dia ni nakal”Usiknya lagi.Erin hanya mencebik.

“Ini pula HaiQal,dia ni kesatria ke-3.KnightWays..”Haiqal dan Erin bersalaman.Sempat pula Haiqal mengenyitkan matanya.Erin ketawa kecil manakala Myrul sudah menjegilkan matanya.

“Dan ini adik manis kita yang sorang lagi ni namanya Ellis.CristaKnight.Kesatria ke-4.”Sampuk si Hakim.Ellis sudah bermasam muka.Dia ingin Myrul yang memperkenalkan dirinya.Bukan Hakim.Sekarang,muncul pula pesaing yang ingin merebut Myrul dari dia.Dia sangkakan kesatria yang terakhir adalah lelaki,rupanya perempuan.Shahrul hanya memerhatikan tingkah Ellis.

“Ellis!salamla…apala kau ni..”Tegur Hairie.Myrul dan Erin hanya memerhatikan dia.Sama ada suka tak suka,dia terpaksa menyambut salam Erin.

“Yang terakhir,Shahrul,kesatria ke-6,ArmerKnight..”Erin senyum padanya.Shahrul pun turut membalasnya.

Kemudian,Myrul berganjak dari sebelah Erin kebarisan para kesatria tadi.

“Dan aku adalah Myrul,kesatria ke-4,WonderKnight.Sekarang giliran kau pula memperkenalkan diri.”Arah Myrul dengan tenang.Erin tersenyum.

“Nama aku Erin,kesatria yang terakhir,SilverKnight.”Katanya lembut sambil melemparkan senyuman manis.Dengan itu Hairie berkata..

“Dengan ini lengkaplah kita sebagai The 7 !!!!!!!!”Mereka semua bertepuk tangan.

Setelah 2 bulan mencari kesatria,akhirnya semuanya sudah lengkap.Kini mereka semua hanya perlu berlatih,berlatih dan berlatih bagi menghadapi perang antara kebaikan dan kejahatan.Mengalahkan kejatan bukannya senang.Mereka perlu mempunyai kekuatan yang luar biasa.Dan yang paling penting ialah,ketulusan hati.

******************************

Erin kelihatan manis mengenakan baju dress bewarna hitam.ada waktu malam ini,Ratu Negara itu akan turun ke dewan makan untuk menyerahkan kuasa kepada para kesatria.Apabila melihatkan orang ramai memerhatikannya,Erin menjadi malu sendiri.Dia ingat hanya para kesatria sahaja yang hadir,rupa-rupanya satu penduduk Fantasym datang.Erin tercari-cari kelibat 'rakan' barunya.Sedang tercari-cari itu,dia berjaya menemukan HaiQal yang sedang berbual dengan seorang gadis.

"Hei."Sapanya perlahan.HaiQal yang sedang  berbual tadi memandangnya tanpe berkelip.Erin pelik.Gadis yang berbual dengannya tadi berlalu pergi dengan wajah yang tidak puas hati.

"Kenapa?Ada yang pelik ke pada pakaian saya ni?"Tanya Erin apabila HaiQal masih terus menerusan melihat.HaiQal yang ralit memerhatikan Erin tadi tersedar.

"Oh...tak delah..rupa awak..macam..err..tak de papelah..Mari kita pergi ke meja makan.Ratu akan sampai tak lama lagi."Ajak HaiQal.Erin perasan seperti sesuatu yang tak kena pada percakapan HaiQal tadi.Lantas Erin hanya mengikuti langkah HaiQal menuju ke meja makan.

Di meja sudah ada Ellis yang mengenakan baju bewarna hitam,dress pendek dan mengenakan baju bewarna putih,Myrul yang mengenakan tuxedo bewarna putih,Shahrul yang hanya berakaian kasual tetapi masih lagila nampak gayanya.Manakala Hairie dan Hakim mengenakan tuxedo yang sama warna dengan bajunya,hitam.

"Kenapa lambat?Erin..cantiknya kau.."Puji Hakim.Matanya dikenyit.Perbuatannya itu disedari oleh Hairie lantas disenggolnya.Erin hanya ketawa kecil.

"Terima kasih."Ucap Erin sambil membengkokkan sedikit lututnya seperti seorang puteri.Ellis hanya mencebik.

Ketika dia sampai di tempat duduk yang hanya menempatkan kesatria.Erin dalam dilema.

‘Mana aku nak duduk ni??sebelah Myrul atau Ellis?Kalau aku duduk sebelah Ellis,mesti dia tak nak.Kalau duduk sebelah Myrul,malu pulak aku..Ahhh…lebih baik aku duduk sebelah Ellis.Biar HaiQal je yang duduk sebelah Myrul.’Bisik hatinya.

Belum sempat dia menarik kerusi untuk disebelah Ellis,Shahrul sudah pun mengambil tempat itu.Dia menukar tempat duduk dari sebelah Hairie ke sebelah Ellis.Satu tanggapan muncul lagi.’Haa…lebih baik duduk sebelah Hairie..mukanya nampak macam suka berbual.’Dengan pantas dia mengambil tempat itu.Takut akan ada orang lain yang mengambilnya padahal tempat itu dikhaskan untuk para kesatria sahaja.Namun,perkara yang sama berlaku lagi.Entah dari mana Hakim tiba-tiba sahaja sudah duduk disitu.Mentang-mentang dia dah tahu magis.Erin sudah terkedu apatah lagi Hakim sempat mengenyitkan matanya.Erin menghentakkan kakinya tanda protes.Myrul yang tadi memerhatikan tingkah Erin rasa geram,kelakar dan juga pelik.Lantas dia bangun dan menarik lengan Erin supaya duduk disebelahnya.Erin terkejut.

Dia memijak kaki Myrul.Tingkahnya itu baginya sangat tidak sopan.Myrul mengaduh kesakitan.Dia memberitahu perkara sebenar.

“Ratu..erghh dah sampai la..”Beritahu Myrul dengan suara yang tersekat-sekat.Erin pantas meminta maaf.Mereka berdua kembali ke tempat masing-masing.Erin akhirnya duduk di sebelah Myrul.

Ellis hanya menjeling.’Sengajalah tu!Mengada-ngada!’

Bunyi trumpet kedengaran kuat di pintu masuk.Ia menandakan bahawa bila-bila masa sahaja Ratu akan masuk.Mereka semua teruja untuk melihat wajah Ratu mereka.Erin yang baru sahaja sampai disitu berasa pelik.Dia berbisik kepada Sharul.

“Korang tak pernah jumpa Ratu ke?”Shahrul memandangnya.Dia menggeleng.Erin faham.Dia menunggu dengan penuh sabar.

Dengan perlahan-lahan pintu dewan yang besar itu terbuka.Muncullah seorang wanita yang berpakaian putih biru itu melangkah masuk,

“Dipersilakan yang terhormat Queen Emerald,Ratu Dunia Fantasym”

Dengan itu semua yang berada disitu tunduk hormat kepada Ratu yang berjalan.Para kesatria berdiri memberi penghormatan.Queen Marabella hanya tersenyum melihat para kesatria sudah pun terkumpul.

“Duduk semua!!”Arah pembantu Ratu.

“Harini beta akan mengenalkan wira-wira yang akan menyelamatkan negara kita ini.Beta perkenalkan,TwinKnight,ShinKnight,CristaKnight,WonderKnight,ArmerKnight,KnightWays dan akhir sekali SilverKnight.Dan harini juga Beta akan menyerahkan kuasa kepada para kesatria kita.”Terang Ratu.
Para kesatria masih berdiri.Dengan tiba-tiba muncul sebuah kotak kecil dihadapan mereka.

“Kotak itu berada ditangan kamu bukanlah dengan kehendak saya.Tetapi kotak itu yang memilih sendiri.”Arah Ratu.

TwinKnight membukanya dahulu.Keluar cahaya warna Jingga daripada kotak itu dan terus masuk kedalam dirinya,

“TwinKnight atau Hairie,telah dipilih oleh kotak Penghargaan dan Kehormatan,elemen,api dan tanah.”Ratu bertitah.

Kemudian giliran HaiQal.Dia membuka kotak itu.Cahaya bewarna hijau yang keluar dan perkara yang sama berlaku pada dirinya.Ratu berkata.

“KnightWays atau HaiQal,telah dipilih oleh kotak Keharmonian dan Keseimbangan,elemen,udara dan tanah.”Giliran Hakim pula.Warna yang keluar merupakan warna kuning.

“ShinKnight atau Hakim,telah dipilih oleh kotak Kesemulajadi dan Kelembutan,elemen,air dan api.”Hakim hanya tersenyum.Dia melihat Myrul.
Dia membukanya.Warna biru keluar daripada kotak itu.

“WonderKnight atau Myrul,telah dipilih oleh kotak Keikhlasan dan Ketaatan,elemen,udara dan air.”Myrul lega.Dia menunggu giliran Erin.

“CristaKnight atau Ellis,telah dipilih oleh kotak Keberanian dan Keyakinan,eleman,api dan udara.”Warna yang keluar daripada kotak itu adalah warna pink.

Ellis merengus.Dia menjangkakan dia akan mendapat kotak yang paling berkuasa,namun ianya meleset.Ratu langsung tidak menyebutkannya.Kini tinggal Shahrul dan Erin sahaja.Antara mereka yang akan dapat kotak yang berkuasa itu.Shahrul membuka kotaknya.Warna merah menyala keluar.

“ArmerKnight atau Sharul,telah dipilih oleh kotak Kekuatan dan Ketangkasan,elemen, tanah dan air.”Shahrul tersenyum.Tak sanggup dia memegang kuasa yang besar itu.Kuasa besar maknanya tanggungjawab yang besar.Erin menarik nafas lalu menghembuskannya kembali.Warna silver kuat memancar dari kotaknya.Lebih kuat sinarannya  berbanding yang lain.Ratu senyum.

“Dan SilverKnight atau Erin,telah dipilih oleh kotak Kesucian dan Ketabahan,elemen,api,air,udara dan tanah.Apabila kamu memegang kotak itu,tanggungjawab yang ditanggung kamu lebih berat berbanding yang lain.Dengan ini,berakhirlah upacara penyerahan kuasa.Terima kasih.Sila menjamu selera.”

Mulai hari itu,bermula tugas tujuh kesatria untuk menyelamatkan Dunia Fantasym.

Thursday, December 2, 2010

Epis0de 1

"Hei!!!siapa awak????"Marah Erin lantas menarik semula pergelangan tangannya.Lelaki itu menghadapnya.Erin masih tidak uas hati dengan tindakan lelaki itu yang berdiam diri.Sambil dia menggosok tangannya yang kemerahan itu.Tanda yang pelik itu mengeluarkan cahaya bewarna silver.Erin membeleknya berulang kali.

"Itu adalah tanda bahawa kau adalah salah seorang daripada kami.Knight.Seorang kesatria.Dan kau adalah kesatria yang terakhir."Kata lelaki itu secara tiba-tiba.Dia menunjukkan tangannya kearah Erin.Secara tidak langsung tangan lelaki itu turut mengeluarkan tanda yang sama tetapi ianya mengeluarkan warna biru.Erin bertambah pelik.

"Salah sorang daripada korang??Apa maksudnya itu?"

"Aku Myrul Haziqif.Myrul sudah memadai.Dan nama bagi aku disana,adalah WonderKnight.Nama kau disana pula ialah SilverKnight.Hanya orang yang terpilih sahaja yang mempunyai tanda itu.Dan tugas yang akan dilakukan oleh kita amat berat.Ianya melibatkan nyawa dan juga maruah diri.Kau harus ikut aku sekarang.Dunia Fantasym dalam bahaya sekarang."Terang lelaki yang bernama Myrul itu.Erin terlopong.

"Kalau aku ikut kau bagaimana dengan kehidupan aku disini?Lagipun aku hanya seorang budak berumur 16 tahun.Apa yang boleh aku lakukan?Dan jika aku mmati di dalam dunia itu,adakah orang disini mengetahuinya?"Keluh Erin.Secara jujurnya dia tidak mahu ikut.Terlalu risiko.Lagiun apa yang dia tahu?Dia hanya sorang budak tanpa mengetahui asal-usul  keluarganya.

"Jangan risau.Selesai sahaja misi ini,kita semua akan kembali ke dunia masing-masing.Aku pun sudah rindu dengan keadaan disini."Myrul berkata sambil memandang sekeliling.Wajahnya kelihatan begitu sayu.

"Tapi aku tak kenal kau?'Tanyanya lagi.

"Engku Erinna,16 tahun.Mempunyai seorang abang.Ibun kau adalah emilik sebuah hotel terkemuka disini.Dan ayah kau pula seorang ahli perniagaan.Kau tinggal di Villa Kasih."Myrul memberitahu dengan enuh keyakinan.Erin kaku.

"A..a..aku ada abang?ibu dengan ayah??Bagaimana kau tahu semua itu?Sedangkan aku tak tahu?"Myrul tersenyum.

"Sebelum tu biar aku jadi diri sendiri dulu."Dia menrik nafas dan kemudian melepaskannya.Dia tersenyum.

"Kau dah hilang ingatanlah.Sebelum kau ikut aku,cuba kau praktis kuasa kau dulu."Myrul kemudiannya menghalakan tangannya ke arah sebuah pokok yang berada di dalam taman sekolah itu.

"Hollythous!!"

BANG!!!

Serta merta pokok itu lenyap.Bekas kawasan itu berasap.Dalam masa yang sama Erin berasa takut dan kagum.Myrul kembali memandangnya sambil mengangkat keningnya.

"Kau punya sasaran adalah pokok itu.Cuba lenyapkannya.Manteranya...H.O.L.L.Y.T.H.O.U.S...."Erin memandang pokok yang dikatakan Myrul.1..2...3..

"Tak bolehla..!!aku tak pandai lagi,!!"Kata Erin.Myrul mengeluh.

"Tak pelah..." 'Ingatkan kuat sangat tadi..takkan permata yang dia pakai tu langsung tak membantu?Tapi biarlah..kejap lagi dia mesti lagi kuat daripada aku..Wajah dia boleh tahan..' Bisik Myrul sendirian.

"Mari ikut aku..dah banyak sangat buang masa.PORTAL OUT!!!!!!!!!!!!!"Muncul subuah portal bewarna biru.barada dihadapan mereka.Dengan pantas Myrul memegang tangan Erin lalu menariknya kedalam portal itu.Namun keengganan Erin membuat dia berhenti.

"Kenapa pulak kalini??"

"Kalau aku ikut,boleh kau beritahu aku tentang masa silam aku??"Erin takut-takut.Dunia sekarang bukan boleh percaya sangat.Myrul mengangguk.Anggukkannya membuatkan dia lega.Lagipun tengok muka Myrul ni takdelah macam orang jahat.Erin tersnyum sendiri membayangkan dirinya bakal mengetahui masa silamnya.

"Dengan syarat kita kene selesaikan misi kita dulu!!"Jerit Myrul apabila mereka sudah mmasuki portal itu.Bagi Erin,semuanya mulai gelap....

****************************************************

Apabila dia membuka matanya,semua keadaan disekelilingnya gelap.Dia cuba mencari tangan Myrul.

"Myrul...mana kau??aku takut ni.."Panggil Erin.Dia hampir menangis.Dia takut dalam keadaan gelap itu.Lagi-lagi di dunia yang dia tak diketahui.Dengan tiba-tiba satu tolakan kuat dibelakangnya membuatkan dia yang berdiri tadi tersungkur.

"Apa ni??"Marah Erin dalam keadaan takut.Sebaik sahaja dia memandang belakang.Satu lembaga sedang memandangnya,dengan perlahan Erin cuba berdiri dan mula menapak kebelakang secara perlahan-lahan.Lembaga tadi mula membuka langkahnya untuk menyerang.
Tiba-tiba..

"SORATIFUIS!!"Satu cahaya tiba-tiba sahaja menyerang lembaga tadi.Dengan kehadiran cahaya tadi Erin dapat melihat bentuk lembaga tadi.Bentuknya seperti seekor serigala yang besar seperti seorang manusia dewasa.Makhluk tadi serta merta lari lintang pukang akibat terkena cahaya tadi.Erin berdiri.Cuba mencari wajah orang yang telah menyelamatkan dia sebentar tadi.

Muncul seorang lelaki dari semak-semak itu.Wajahnya agak tampan bagi gadis biasa seperti Erin.

"Siapa kau?Apa yang kau buat kat Taman Larangan ini?!"Suaranya garau kedengaran.Erin kembali takut.

"A..a..aku Erin.Aku tak tau tempat kat sini..boleh ..er..err.."

"Prince Eric.Panggil aku Eric je."Kata Eric.

"Boleh Eric tunjukkan Erin jalan keluar dari sini?"Tanya Erin dalam keadaan takut.Eric tersenyum.

"Dan boleh kau beritahu apa nama kau disini?"Eric bertanya tanpa menjawab soalan Erin sebentar tadi.

"Aku tak tau sangat..nama aku disini SilverKnight."Mendengarkan ayat itu,Eric tersentak.'Bagaimana kesatria boleh berada didalam taman ni??'

Eric sudah tak keruan.Ketika dia sedang duduk,dia terdengar seperti bunyi orang berjalan dicelah-celah tempat dia berehat.Apabila melihat seorang gadis sedang ketakutan akibat kemunculan ThesyWolf,Eric menolongnya.Tak sangka bahawa orang yang ditolongnya itu adalah seorang kesatria.Orang yang diperangi oleh kerabatnya sendiri.Dia membelakangkan Erin.

"Kau berjalan sahaja ke arah timur.Kau akan berjumpa jalan keluar."Eric sudah mula berjalan.Meninggalkan Erin keseorangan dalam kegelapan.Erin terpinga-pinga.Belum sempat dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan lelaki itu tadi,dia sudah pun menghilangkan dirinya.

"Erin!!"Muncul Myrul dibelakang Erin.Erin terkejut.Melihat muka Myrul yang berpeluh-peluh.'Pasti dia cari aku tadi.'

"Kemana kau menghilang hah??Penat aku cari kau.Dahla,mari kita pergi dari sini.Sini kawasan Darksym.Bahaya."Beritahu Myrul tanpa memberi peluang kepada Erin untuk menerangkan apa yang telah terjadi.

"DISAPPEAR!!"

Serta mereka hilang.Mereka tiba di temat yang baru.Sebuah gerbang yang amat besar dengan kawasan sekeliling yang nampak aman sekali.Apabila mereka masuk..

Monday, November 29, 2010

Prologeu..

KRING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Loceng menandakan sesi pertama telah tamat.Erin keluar daripada kelas sambil membawa bekas makanannya.Bau aroma masakan Mak Limah menusuk ke hidungnya.Baru sahaja dia ingin menyuap….

“Ba!!!”Jerit Aira disebelahnya.

“Kau ni,kalau aku ada sakit jantung..dah jalan agaknya..”Kata Erin sambil mengurut dadanya.Aira tersengih.

“Sorilah..aku nak tahu sangat perkembangan mimpi kau tu…apa cerita??”Erin termenung.

“Malam tadi aku mimpi kat sekolah kita ni ada seorang lelaki..aku agak dari mukanya umur masih sekolah..Dia jeling aku tajam jek..semacam aku tengok!”Terang Erin.Aira hanya ketawa.

“Iyeke?hensem tak?”

“Kau ni..asik hensem je….Dahla..aku nak makan..”Kata Erin.Bosan melayan kerenah Aira.Lebih baik dia makan makanan yang disediakan oleh Mak Limah pagi tadi.erutnya yang kosong sudah diminta untuk diisi.Aira faham dengan gelagat kawan baiknya itu.

Kedatangan Erin disekolah ini sungguh misteri.Dia datang mendaftar seorang diri.Yang dia tahu Erin semestinya orang kaya.Tengok dari gayanya sudah tahu,bukan sahaja cantik,tetapi juga baik hati.Pernah sekali-sekala dia bertanya akan keluarganya,tetapi Erin hanya menyatakan tak tahu.Kadangkala dia kasihan sama Erin.Mungkin dia anak yatim piatu.

“Dah dah..jom masuk kelas..loceng dah bunyi..kau ni,asik berangan jer..tak elok untuk kesihatan..”Panggil Erin.Aira teringa-pinga.

“Dah bunyi ke?Aku baru nak tapau kau punya makanan…sampai hati kau..”Aira pura pura sedih.Erin buat muka selamba lantas menarik tangan Aira bersamanya lalu masuk kedalam kelas.


Kini giliran Cikgu Zulhairi mengajar matapelajaran Geografi.Matapelajran yang paling dia minati.Cikgu Zulhairi juga merupakan guru kelas dia.Kehadiran Cikgu Zulhairi bersama seorang pelajar lelaki memakai baju sekolah bewarna hijau menimbulkan kehairanan.Pelajar itu merenung tepat ke arah Erin.Mulutnya membaca sesuatu.Serta merta seisi kelas itu senyap.Erin melihat semua orang didalam kelasnya terpaku.Dia melambaikan tangannya kearah Aira.Tidak mempunya reaksi.Seketika kemudian,muncul tanda elik di tangan Erin.Pelajar lelaki itu berkata.

“SLIVER KNIGHT”

"What???"

Serta merta lelaki itu membawanya keluar daripada kelas itu.Erin seakan-akan terpaku dengan tindakan lelaki itu.

Tiba-tiba...

Pengunjung blogger ini!