Monday, November 29, 2010

Prologeu..

KRING!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Loceng menandakan sesi pertama telah tamat.Erin keluar daripada kelas sambil membawa bekas makanannya.Bau aroma masakan Mak Limah menusuk ke hidungnya.Baru sahaja dia ingin menyuap….

“Ba!!!”Jerit Aira disebelahnya.

“Kau ni,kalau aku ada sakit jantung..dah jalan agaknya..”Kata Erin sambil mengurut dadanya.Aira tersengih.

“Sorilah..aku nak tahu sangat perkembangan mimpi kau tu…apa cerita??”Erin termenung.

“Malam tadi aku mimpi kat sekolah kita ni ada seorang lelaki..aku agak dari mukanya umur masih sekolah..Dia jeling aku tajam jek..semacam aku tengok!”Terang Erin.Aira hanya ketawa.

“Iyeke?hensem tak?”

“Kau ni..asik hensem je….Dahla..aku nak makan..”Kata Erin.Bosan melayan kerenah Aira.Lebih baik dia makan makanan yang disediakan oleh Mak Limah pagi tadi.erutnya yang kosong sudah diminta untuk diisi.Aira faham dengan gelagat kawan baiknya itu.

Kedatangan Erin disekolah ini sungguh misteri.Dia datang mendaftar seorang diri.Yang dia tahu Erin semestinya orang kaya.Tengok dari gayanya sudah tahu,bukan sahaja cantik,tetapi juga baik hati.Pernah sekali-sekala dia bertanya akan keluarganya,tetapi Erin hanya menyatakan tak tahu.Kadangkala dia kasihan sama Erin.Mungkin dia anak yatim piatu.

“Dah dah..jom masuk kelas..loceng dah bunyi..kau ni,asik berangan jer..tak elok untuk kesihatan..”Panggil Erin.Aira teringa-pinga.

“Dah bunyi ke?Aku baru nak tapau kau punya makanan…sampai hati kau..”Aira pura pura sedih.Erin buat muka selamba lantas menarik tangan Aira bersamanya lalu masuk kedalam kelas.


Kini giliran Cikgu Zulhairi mengajar matapelajaran Geografi.Matapelajran yang paling dia minati.Cikgu Zulhairi juga merupakan guru kelas dia.Kehadiran Cikgu Zulhairi bersama seorang pelajar lelaki memakai baju sekolah bewarna hijau menimbulkan kehairanan.Pelajar itu merenung tepat ke arah Erin.Mulutnya membaca sesuatu.Serta merta seisi kelas itu senyap.Erin melihat semua orang didalam kelasnya terpaku.Dia melambaikan tangannya kearah Aira.Tidak mempunya reaksi.Seketika kemudian,muncul tanda elik di tangan Erin.Pelajar lelaki itu berkata.

“SLIVER KNIGHT”

"What???"

Serta merta lelaki itu membawanya keluar daripada kelas itu.Erin seakan-akan terpaku dengan tindakan lelaki itu.

Tiba-tiba...

1 comment:

  1. pendek sgt, tp bahasa makin ok dr version asal
    keep it up^^
    new n3 ye?
    :D

    ReplyDelete

Pengunjung blogger ini!