Monday, December 6, 2010

Epis0de 2

“Mari aku perkenalkan kau dengan kesatria yang lain.”Pelawa Myru.Erin begitu teruja apabila mendengar pelawaan Myrul tersebut.

Masuk sahaja kedalam gerbang itu.Matanya tertancap pada suasana disitu.Sungguh indah sekali.Burung-burung berkicauan,mendengar bunyi deruan air terjun yang bersambung dengan dinding istana,tawa anak-anak pembantu-pembantu istana yang sedang bermain berkejaran,semuanya tidak akan didapati di dunia manusia.Dalam keadaan teruja itu,pandangan matanya beralih kepada 4 orang lelaki dan seorang perempuan yang sedang bergurau senda di tepi sebuah kolam pancutan air yang berhampiran.Mereka berdua berjalan menghampiri situ.

“Hei Myrul!!”Panggil salah seorang daripada lelaki itu apabila ternampak kelibat mereka berdua.Yang lain hanya memandang ke arah mereka.

“Hai..ni aku perkenalkan kesatria kita yang terakhir.Erin.Erin,aku perkenalkan,Hairie,kesatria yang pertama,TwinKnight.”Perkenal Myrul.Baik antara mereka hanya berbalas salam sahaja.

“Ini pula Hakin,dia kesatria ke-2,ShinKnight.”Terang Myrul.”Jaga-jaga sikit,dia ni nakal”Usiknya lagi.Erin hanya mencebik.

“Ini pula HaiQal,dia ni kesatria ke-3.KnightWays..”Haiqal dan Erin bersalaman.Sempat pula Haiqal mengenyitkan matanya.Erin ketawa kecil manakala Myrul sudah menjegilkan matanya.

“Dan ini adik manis kita yang sorang lagi ni namanya Ellis.CristaKnight.Kesatria ke-4.”Sampuk si Hakim.Ellis sudah bermasam muka.Dia ingin Myrul yang memperkenalkan dirinya.Bukan Hakim.Sekarang,muncul pula pesaing yang ingin merebut Myrul dari dia.Dia sangkakan kesatria yang terakhir adalah lelaki,rupanya perempuan.Shahrul hanya memerhatikan tingkah Ellis.

“Ellis!salamla…apala kau ni..”Tegur Hairie.Myrul dan Erin hanya memerhatikan dia.Sama ada suka tak suka,dia terpaksa menyambut salam Erin.

“Yang terakhir,Shahrul,kesatria ke-6,ArmerKnight..”Erin senyum padanya.Shahrul pun turut membalasnya.

Kemudian,Myrul berganjak dari sebelah Erin kebarisan para kesatria tadi.

“Dan aku adalah Myrul,kesatria ke-4,WonderKnight.Sekarang giliran kau pula memperkenalkan diri.”Arah Myrul dengan tenang.Erin tersenyum.

“Nama aku Erin,kesatria yang terakhir,SilverKnight.”Katanya lembut sambil melemparkan senyuman manis.Dengan itu Hairie berkata..

“Dengan ini lengkaplah kita sebagai The 7 !!!!!!!!”Mereka semua bertepuk tangan.

Setelah 2 bulan mencari kesatria,akhirnya semuanya sudah lengkap.Kini mereka semua hanya perlu berlatih,berlatih dan berlatih bagi menghadapi perang antara kebaikan dan kejahatan.Mengalahkan kejatan bukannya senang.Mereka perlu mempunyai kekuatan yang luar biasa.Dan yang paling penting ialah,ketulusan hati.

******************************

Erin kelihatan manis mengenakan baju dress bewarna hitam.ada waktu malam ini,Ratu Negara itu akan turun ke dewan makan untuk menyerahkan kuasa kepada para kesatria.Apabila melihatkan orang ramai memerhatikannya,Erin menjadi malu sendiri.Dia ingat hanya para kesatria sahaja yang hadir,rupa-rupanya satu penduduk Fantasym datang.Erin tercari-cari kelibat 'rakan' barunya.Sedang tercari-cari itu,dia berjaya menemukan HaiQal yang sedang berbual dengan seorang gadis.

"Hei."Sapanya perlahan.HaiQal yang sedang  berbual tadi memandangnya tanpe berkelip.Erin pelik.Gadis yang berbual dengannya tadi berlalu pergi dengan wajah yang tidak puas hati.

"Kenapa?Ada yang pelik ke pada pakaian saya ni?"Tanya Erin apabila HaiQal masih terus menerusan melihat.HaiQal yang ralit memerhatikan Erin tadi tersedar.

"Oh...tak delah..rupa awak..macam..err..tak de papelah..Mari kita pergi ke meja makan.Ratu akan sampai tak lama lagi."Ajak HaiQal.Erin perasan seperti sesuatu yang tak kena pada percakapan HaiQal tadi.Lantas Erin hanya mengikuti langkah HaiQal menuju ke meja makan.

Di meja sudah ada Ellis yang mengenakan baju bewarna hitam,dress pendek dan mengenakan baju bewarna putih,Myrul yang mengenakan tuxedo bewarna putih,Shahrul yang hanya berakaian kasual tetapi masih lagila nampak gayanya.Manakala Hairie dan Hakim mengenakan tuxedo yang sama warna dengan bajunya,hitam.

"Kenapa lambat?Erin..cantiknya kau.."Puji Hakim.Matanya dikenyit.Perbuatannya itu disedari oleh Hairie lantas disenggolnya.Erin hanya ketawa kecil.

"Terima kasih."Ucap Erin sambil membengkokkan sedikit lututnya seperti seorang puteri.Ellis hanya mencebik.

Ketika dia sampai di tempat duduk yang hanya menempatkan kesatria.Erin dalam dilema.

‘Mana aku nak duduk ni??sebelah Myrul atau Ellis?Kalau aku duduk sebelah Ellis,mesti dia tak nak.Kalau duduk sebelah Myrul,malu pulak aku..Ahhh…lebih baik aku duduk sebelah Ellis.Biar HaiQal je yang duduk sebelah Myrul.’Bisik hatinya.

Belum sempat dia menarik kerusi untuk disebelah Ellis,Shahrul sudah pun mengambil tempat itu.Dia menukar tempat duduk dari sebelah Hairie ke sebelah Ellis.Satu tanggapan muncul lagi.’Haa…lebih baik duduk sebelah Hairie..mukanya nampak macam suka berbual.’Dengan pantas dia mengambil tempat itu.Takut akan ada orang lain yang mengambilnya padahal tempat itu dikhaskan untuk para kesatria sahaja.Namun,perkara yang sama berlaku lagi.Entah dari mana Hakim tiba-tiba sahaja sudah duduk disitu.Mentang-mentang dia dah tahu magis.Erin sudah terkedu apatah lagi Hakim sempat mengenyitkan matanya.Erin menghentakkan kakinya tanda protes.Myrul yang tadi memerhatikan tingkah Erin rasa geram,kelakar dan juga pelik.Lantas dia bangun dan menarik lengan Erin supaya duduk disebelahnya.Erin terkejut.

Dia memijak kaki Myrul.Tingkahnya itu baginya sangat tidak sopan.Myrul mengaduh kesakitan.Dia memberitahu perkara sebenar.

“Ratu..erghh dah sampai la..”Beritahu Myrul dengan suara yang tersekat-sekat.Erin pantas meminta maaf.Mereka berdua kembali ke tempat masing-masing.Erin akhirnya duduk di sebelah Myrul.

Ellis hanya menjeling.’Sengajalah tu!Mengada-ngada!’

Bunyi trumpet kedengaran kuat di pintu masuk.Ia menandakan bahawa bila-bila masa sahaja Ratu akan masuk.Mereka semua teruja untuk melihat wajah Ratu mereka.Erin yang baru sahaja sampai disitu berasa pelik.Dia berbisik kepada Sharul.

“Korang tak pernah jumpa Ratu ke?”Shahrul memandangnya.Dia menggeleng.Erin faham.Dia menunggu dengan penuh sabar.

Dengan perlahan-lahan pintu dewan yang besar itu terbuka.Muncullah seorang wanita yang berpakaian putih biru itu melangkah masuk,

“Dipersilakan yang terhormat Queen Emerald,Ratu Dunia Fantasym”

Dengan itu semua yang berada disitu tunduk hormat kepada Ratu yang berjalan.Para kesatria berdiri memberi penghormatan.Queen Marabella hanya tersenyum melihat para kesatria sudah pun terkumpul.

“Duduk semua!!”Arah pembantu Ratu.

“Harini beta akan mengenalkan wira-wira yang akan menyelamatkan negara kita ini.Beta perkenalkan,TwinKnight,ShinKnight,CristaKnight,WonderKnight,ArmerKnight,KnightWays dan akhir sekali SilverKnight.Dan harini juga Beta akan menyerahkan kuasa kepada para kesatria kita.”Terang Ratu.
Para kesatria masih berdiri.Dengan tiba-tiba muncul sebuah kotak kecil dihadapan mereka.

“Kotak itu berada ditangan kamu bukanlah dengan kehendak saya.Tetapi kotak itu yang memilih sendiri.”Arah Ratu.

TwinKnight membukanya dahulu.Keluar cahaya warna Jingga daripada kotak itu dan terus masuk kedalam dirinya,

“TwinKnight atau Hairie,telah dipilih oleh kotak Penghargaan dan Kehormatan,elemen,api dan tanah.”Ratu bertitah.

Kemudian giliran HaiQal.Dia membuka kotak itu.Cahaya bewarna hijau yang keluar dan perkara yang sama berlaku pada dirinya.Ratu berkata.

“KnightWays atau HaiQal,telah dipilih oleh kotak Keharmonian dan Keseimbangan,elemen,udara dan tanah.”Giliran Hakim pula.Warna yang keluar merupakan warna kuning.

“ShinKnight atau Hakim,telah dipilih oleh kotak Kesemulajadi dan Kelembutan,elemen,air dan api.”Hakim hanya tersenyum.Dia melihat Myrul.
Dia membukanya.Warna biru keluar daripada kotak itu.

“WonderKnight atau Myrul,telah dipilih oleh kotak Keikhlasan dan Ketaatan,elemen,udara dan air.”Myrul lega.Dia menunggu giliran Erin.

“CristaKnight atau Ellis,telah dipilih oleh kotak Keberanian dan Keyakinan,eleman,api dan udara.”Warna yang keluar daripada kotak itu adalah warna pink.

Ellis merengus.Dia menjangkakan dia akan mendapat kotak yang paling berkuasa,namun ianya meleset.Ratu langsung tidak menyebutkannya.Kini tinggal Shahrul dan Erin sahaja.Antara mereka yang akan dapat kotak yang berkuasa itu.Shahrul membuka kotaknya.Warna merah menyala keluar.

“ArmerKnight atau Sharul,telah dipilih oleh kotak Kekuatan dan Ketangkasan,elemen, tanah dan air.”Shahrul tersenyum.Tak sanggup dia memegang kuasa yang besar itu.Kuasa besar maknanya tanggungjawab yang besar.Erin menarik nafas lalu menghembuskannya kembali.Warna silver kuat memancar dari kotaknya.Lebih kuat sinarannya  berbanding yang lain.Ratu senyum.

“Dan SilverKnight atau Erin,telah dipilih oleh kotak Kesucian dan Ketabahan,elemen,api,air,udara dan tanah.Apabila kamu memegang kotak itu,tanggungjawab yang ditanggung kamu lebih berat berbanding yang lain.Dengan ini,berakhirlah upacara penyerahan kuasa.Terima kasih.Sila menjamu selera.”

Mulai hari itu,bermula tugas tujuh kesatria untuk menyelamatkan Dunia Fantasym.

No comments:

Post a Comment

Pengunjung blogger ini!