Monday, December 6, 2010

Epis0de 3

Mereka semua berada di tanah lapang yang berada di belakang istana.Mereka sedang berlatih cara-cara unutk memanah.Dengan dibantu oleh pembantu-pembantu istana,dengan mudah mereka menjalaninya.

Erin dengan tenang menumpukan perhatiannya ke arah pusat.Dengan sekali latihan,dia telah berjaya.HaiQal yang melihat hanya bertepuk tangan.

“Pandai nampaknya?Orang lain masih lagi terkial-kial nak belajar.”Pujinya.Erin sudah tersipu-sipu malu.Dia berkata.

“Entahlah Qal..Aku pun tak tahu yang aku pandai memanah ni..”

“Tak tahu??Biar betul kau!Belajar memanah ni sekurang-kurangnya setahun nak dapat tepat pada pusatnya.”Tanya HaiQal ambil tangannya menunjukkan ke arah papan memanah itu.Erin hanya mengangkat bahunya.

“Aku tak ingat apa-apa.Aku hilang ingatan masa aku umur 6 tahun.Masa tu juga aku kehilangan ibu,ayah dan abang.Sekarang ni,dah 10 tahun aku tak jumpa dengan diorang.Kalau Myrul tak beritahu yang  aku ada ayah,ibu dengan abang,aku  takkan tahu punya.”Terangnya panjang lebar.

HaiQal yang baru sahaja melepaskan anak panahnya memandang Erin.HaiQal tersenyum.

“Cerita kau hampir sama aku,tapi ibu dengan ayah dah lama meninggal.Adik aku kalau masih ada dia mesti sebaya dengankau.Wjahnya sama macam kau.Mungkin sekarang ni dia dah bahagia dengan keluarga angkat dia..”Wajah HaiQal tiba-tiba berubah sayu.Erin berasa kasihan.Dia berjalan menghampiri HaiQal.

“Dalam dunia ni takkan ada yang kekal.Jadi,ia terpulanglah kepada kita untuk menghargainya.Kalau aku rasa sunyi,aku akan tengok batu ni..”Kata Erin sambil menunjukkan batu permata bewarna biru yang dipakai seperti loket.HaiQal terkejut.

“Itu bukannya permata Ascenders??Macammana kau boleh dapat benda ni?”Batu permata biru itu hanya boleh dijumpa 4 kali dalam 100 tahun.Dan ianya juga hanya boleh dijumpai di dunia Fantasym.Siapa sebenarnya Erin ni?

“Hei..apa korang berdua bualkan ni?Semua orang tengah sibuk buat latihan untuk mendapatkan bull-eye,korang sempat lagi berbual..”Muncul Hairie dan Hakim yang asyik berkepit macam belangkas.HaiQal menunjukkan papan memanah mereka.Mereka berdua sudah banyak kali mendapatkan bull-eye.Hakim dan Hairie masing-masing terkejut.

“Wah wah wah..terrer betul korang berdua ni,dahlah pakai baju yang sepadan,lepastu dua-dua pun dapat bull-eye.”Hairie mengusik.

“Orang kata ape ye??Haa…chemistry…”Mereka berempat langsung ketawa.Suka benar Hakim dan Hairie mengenakan mereka berdua.

Manakala di suatu tempat,Ellis cuba mengambil kesemoatan terhadap Myrul yang sedang berseorangan.Dilihatnya Myrul sedang ralat memerhatika tingkah Hairie,Hakim,HaiQal dan Erin yang begitu mesra bersama.Rasanya macam ingin berada disitu juga.

“Hai Myrul,dah dapat bull-eye nampaknya?”Puji Ellis.Dia merapatkan badannya kepada Myrul.

Myrul yang sedang ralit memerhatikan Erin tadi terkejut apabila merasakan sentuhan di bahunya.Apabila dia berpusing,sikit sahaja lagi bahagian hadapannya akan bersentuhan dengan Ellis.Lantas dia menolak bahu Ellis.Ellis terdorong kebelakang.

“Hei..apa ni?!”Marah Ellis.Sakit hatinya apabila Myrul menolaknya sebegitu rupa.Seakan-akan Myrul membencinya.Myrul diam.Tidak berkata sepatah pun.Dia kembali menumpukan perhatiannya terhadap papan memanah.Ellis tidak puas hati.Dia berlalu pergi daripada situ.Tak sanggup dia melihat muka Myrul yang seolah-olah kehadirannya disitu tidak memberi apa-apa makna.


**************

Tok!Tok!

Erin membuka pintu biliknya.”Hai Harris,ada apa yang boleh saya bantu?”

“Ratu mengarahkan saya supaya menyerahkan senjata peribadi kepada para kesatria.Terimalah “The Sword Of Eternity”.Sebilah pedang dengan yang diperbuat oleh perak.Sampulnya pula dihiasi oleh batu permata tetapi ringan sahaja..

Seperginya Harris dari situ,Erin keluar daripada biliknya untuk berjumpa dengan rakannya yang lain  yang berada di bawah.

“Apa yang korang dapat??”Tanya Erin.Dia begitu teruja untuk mengetahui apa yang rakannya peroleh.

“Aku dapat pisau ni..”The Knife 0f  Priorty.”Myrul menunjukkan pisau yang dia dapat.

“Aku dapat botol kecil ni..Harris kata benda ni boleh menyembuhkan apa-apa sahaja jenis kelukaan.’The Cure of Illusions’”.HaiQal menunjukkan botol kecil yang berada di pinggangnya.

“Ha..Aku lagi hebat.Aku dapat alat memanah.’The Archery of Truth.Haha..amacam?terrer tak?”Hakim memuji dirinya sendiri.

“Eleh..semua sama jelah..Aku dapat ‘The Stick of  Rules’.Rasa kelakar juga dapat benda ni..Yelah,cuba korang bayangkan,kayu ni je?Tapi mesti ada hikmahnya.”Terang Hairie panjang lebar.

“Kau dapat apa Erin?”Myrul tanya.Erin sudah tersengih.

“Jeng jeng jeng!! ‘The Sword of Eternity’..Tapi aku pun tak tahu nak gunakannya.”Erin tersengih.Hakim,HaiQal,Hairie dan Myrul terlopong.

“Biar betul!!!!”Sebut mereka berempat serentak.Erin ketawa melihat gelagat mereka.

“Apa yang Shahrul dengan Ellis dapat ek?”Getus Erin sendirian.Tiba-tiba,ada sesuatu bewarna kuning terbang melintasinya.

“Hai Twinkle!”Sapa HaiQal.Mereka berempat senyum.

“Ratu meminta kamu semua pergi ke perkampungan 0scura sekarang juga.Ratu ingin kamu menunjukkan kebolehan kamu disana.Tetapi,di mana Cik Ellis dan Tuan Shahrul?”Twinkle memandang ke kanan dan kekiri.Mencari kelibat mereka berdua.

“Jangan risau,kami akan uruskannya”Hairie menghulurkan bantuan.Twinkle mengangguk.

“Kamu harus keluar daripada istana pada malam ini juga.”Kata Twinkle sebelum berlalu pergi.

“Nampaknya dah mulala misi kita nampaknya..”Keluh Hakim.

“Ha! Ellis,Shahrul! Kita ada tugas malam ni!Pergi ke perkampumgam Oscura.Tunjukkan kebolehan kita semua.Keluar daripada istana pada malam ini juga.!”Beritahu Myrul melalui teleportal ditangannya.

“Kita nak pergi bila?”Erin mengajukan soalan.Mereka semua saling berpandangan.

“Sorry,aku dan Hairie dah ada agenda tersendiri.”Jawab Hakim lalu menghilangkan diri.Erin memandang ke arah Myrul dan HaiQal.

“Apa?Ingat kitaorang tak boleh lindungi kau ke?”Marah Myrul apabila Erin melihat mereka berdua seperti tidak boleh dipercayai.

“Eh eh..Takdelah..Cuma,boleh tak kau ajarkan aku teknik menghilangkan diri macam yang selalu Hakim buat?”Didalam kepala Erin sudah terencana rancangan yang ‘jahat’ yang hendak dikenakan terhadap Hakim yang selalu mengusiknya.’Hehehe..siaplah kau Hakim!’

No comments:

Post a Comment

Pengunjung blogger ini!