Saturday, December 11, 2010

Epis0de 4

Suasana di perkampungan disitu sungguh nyaman dan sejuk.Kilauan lampu jalan menambah keceriaan kampung itu.Dengan kehijauan tumbuhan-tumbuhan,membolehkan mereka menghirup udara yang segar.HaiQal,Myrul dan Erin sedang berjalan-jalan disalah satu jalan disitu.Terdapat bayak gerai menawarkan cenderamata.

Myrul berhenti singgah di gerai yang menawarkan rantai-rantai yang hanya boleh didapati di dunia itu.Bentuknya menarik membuatkan orang ramai membelinya.Matanya tertancap pada satu buah rantai yang cantik.Dia akan cuba memancing perhatian Erin yang nampaknya lebih berminat berbual bersama HaiQal.Dia hendak menyampuk pun tidak boleh kerana dia tidak tahu apa yang mereka bualkan.

Erin,cuba tengok rantai ni?Cantik tak?”Panggil Myrul.Erin pergi ke arah Myrul.’Nampaknya dia memang tertarik.Berjaya jugak misi aku’.Getus hatinya.HaiQal hanya melihat.

‘Tak pe Myrul..harini hari kau,esok hari aku.’Hati HaiQal pula berbisik.Dia turut membelek-belek rantai yang berada disitu.

Dalam kesibukan membelek rantai untuk mencari yang berkenan di hati,terdengar pula jeritan-jeritan penduduk dari arah selatan.Rupa-rupanya tentera Darksym sedang menyerang kawasan tersebut.

“Erin,Myrul,kita berpecah!!”Arah HaiQal.Mereka berdua mengangguk.Dalam keadaan begini mereka harus bergerak pantas.

“The Sword 0f Eternity!!!!!!”Jerit Erin sambil membunuh beberapa askar-askar Darksym menggunakan pedang pemberian Ratu Emerald.Satu persatu askar Darksym tumbang dengan sekali libasan pedang itu.

Dalam kesibukan perang kecil yang berlangsung,Erin terlihat seperti kelibat lelaki yang pernah menyelamatkannya ketika dia tersesat di dalam Hutan Larangan.Erin cuba mencari lelaki tersebut tanpa memberhentikan perbuatannya itu.Tanpa disedari..

“Lightning Archer!!”Kuasa yang dihasilkan oleh Hakim atau ShinKnight mengenai dia.Akibat tidak berhati-hati itulah padahnya.

Erin!! Erin!!!!Erinn!!!”Kedengaran sayup-sayup suara memanggil namanya sebelum pandangannya bertukar menjadi gelap.

*******************************
Erin cuba bangun.Ketika dia cuba berjalan,dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu jatuh.Badannya terkena pada pasu yang berada di atas meja di sudut tepi itu lalu jatuh.Erin mengaduh kesakitan.Ketika itu baru dia sedar.Dia bukan berada dibiliknya yang berada di istana Fantasym.Bilik itu begitu asing.Dengan berdindingkan kayu jati,sebuah katil single, dua buah kerusi kayu,sebuah cermin dan sebuah meja yang meletakkan sebuah pasu yang sudah pun dia pecahkan.

Eric yang berada diluar meluru masuk kedalam apabila mendengar bunyi sesuatu yang pecah.

“Awak tak apa-apa?”Wajah Eric bertukar cemas.Dilihatnya kaki Erin berdarah akibat terkena tusukan pasu yang pecah.Lantas dia mengambil botol kecil yang sentiasa tersemat dipinggangnya.Erin terkejut.ERIC!Dialah lelaki yang menyelamatkan dia dahulu.Erin cuba menyentuh muka lelaki itu.

“Jangan bergerak!Kau dah cedera ni!”Marah Eric apabila Erin cuba bergerak.Erin diam.Dia hanya melihat Eric merawatinya.Sehingga dia selesai membalut kakinya itu,Erin masih lagi mematuhi arahan Eric.Apabila Eric menyuruh Erin berpaut pada bahunya untuk membantu dirinya berdiri,Erin masih mengikutinya.

“Tunggu disini,aku ambilkan makanan untuk kau.”Kata Eric seraya keluar daripada bilik itu.Erin termangu sendirian.Dia memikirkan tingkah Eric yang pelik.’Semasa dia selamatkan aku dulu,kenapa dia pergi dengan tiba-tiba apabila aku memberitahu nama aku?Dan siapa dia?Kenapa dia selamatkan aku?Apa hubungan dia dengan aku?Kenapa bila aku rapat dengan dia, aku rasa tenang?’Berbagai-bagai soalan membelenggu dirinya waktu itu.

“Nah,makan sup ni dulu,ia ada penawar sekali.Kejap lagi kau akan sembuh lepas kau makan sup ni.”Kata Eric sambil menyerahkan semangkuk sup kepadanya.Semasa Erin mengambilnya,Erin menggunakan kesempatan itu untuk berterima kasih.

“Terima kasih Eric sebab selamatkan saya dahulu,dan terima kasih sekali lagi sebab dah selamatkan saya sekali lagi.”Erin memberikan senyuman yang paling manis untuk orang yang pernah menyelamatkan dia sebanyak dua kali.

“Kau..kau ingat nama aku?”Eric yang bercadang hendak keluar daripada situ tidak jadi melihat senyuman Erin itu.Sebaliknya dia bercadang hendak menemankan Erin disitu sehingga dia habis makan.Eric mengambil salah satu kerusi yang berada disitu.Entah mengapa,ketika dia sedang sibuk mengawal tentera-tentera ayahnya yang sedang memusnahkan perkampungan 0scura,matanya tertancap pada seorang gadis yang sedang berlawan dengan tentera-tentera Darksym.Gadis yang pernah dia selamatkan dia dahulu.Dan seketika mata mereka berdua bertembung,seorang kesatria telah salah menyasarkan kuasanya dan apabila ianya hampir mengenai gadis itu,dia menyelamatkannya.Entah apa yang telah merasuk dirinya ketika itu.Dia telah menyelamatkan seorang kesatria!iaitu musuh kerabatnya sendiri!

Yang peliknya,apabila dia bersama dengan gadis itu,hatinya begitu tenang.Seolah-olah semua masalah yang dihadapinya hilang begitu sahaja.Bukan itu sahaja,permata Ascenders yang berada di lehernya bercahaya apabila dia mendekati gadis itu.Siapakah sebenarnya gadis ini?Yang dia tahu,dia ingin sekali melindungi gadis itu!

“Terima kasih Eric!Sedap sup yang awak buat ni!”Puji Erin sambil menunjukkan mangkuk sup yang licin.Eric tersedar langsung  terkejut.’Badan kecik macam ni pun mampu habiskan sup yang bermangkuk besar itu!’

Erin ketawa melihat mulut Eric yang terlopong.Tawanya terhenti apabila kakinya yang tadi dibaluti oleh Eric terlerai dengan sendirinya.Erin meraba-raba betisnya yang putih bersih itu.Langsung tidak ada kesan luka.Eric hanya menelan air liurnya.

“Eric!Cuba awak tengok!Dah tak de kesan luka!”Beritahu Erin dengan teruja.Tangannya menarik tangan Eric supaya memegang betisnya.Namun pantas Eric menarik kembali tangannya.Erin baru tersedar akan keterlanjurannya sebentar tadi.

“Minta maaf,tapi,macam mana awak buat tadi?Hebat betulla!”Pujinya lagi.

Kan aku dah beritahu kau,kejap lagi luka kau akan sembuh.Aku guna botol ni”.Beritahu Eric sambil menunjukkan botol yang digunakan tadi.Erin pelik.Itu botol yang sama dengan HaiQal,’The Cure Of  Illusion’.Dan seperkara lagi,bagaimana botol itu boleh ada pada Eric?Hanya para kesatria dan kerabat-kerabat diraja sahaja yang boleh menggunakan botol itu.

“Si..sia..siapa awak sebenarnya ni Eric??”Erin mula mengesyaki sesuatu.Eric hanya tersenyum.tetapi senyuman itu tawar.Bagaikan dia menanggung sesuatu yang besar.Erin dapat merasainya.

“Aku adalah Prince Eric,Putera bagi Dunia Darksym.Buat pengetahuan kau,aku yang arahkan kesemua tentera Darksym untuk menyerang perkampungan 0scura itu.Dan aku juga musuh terbesar bagi kerabat kesatria.”Terang Eric.Dia tahu,dia tidak perlu berselindung lagi,dan dia tidak lagi boleh melindungi Erin lagi.Eric bangun.Erin terkejut.Melihatkan Eric bangun dan sepertinya akan meninggalkannya buat selama-lamanya,Erin pantas memegang tangan Eric.Dia mula menangis.

“Jangan tinggalkan saya..tolonglah jangan tinggalkan saya..Eric..jangan tinggalkan saya lagi..”Rayu Erin.’Lagi?’Eric terkejut.Esakan Erin makin kuat apabila Eric cuba menarik tangannya kembali.

“Kau tak takut ada aku?Aku mungkin akan bunuh kau..”Kata Eric.Hatinya luluh melihat Erin.Dengan serta-merta dia teringatkan akan adiknya dahulu.Adik yang telah sekian lama dia tinggalkan.

Erin menggeleng.”Tak..Erin tahu yang awak takkan bunuh Erin..Awak orang baik..Kenapa tak cuba lawan kuasa jahat tu?”Tangisan Erin semakin kurang apabila Eric memeluknya.Rasa tenang menyelubungi diri mereka berdua.Seketika kemudian,Erin ternampak buah rantai yang dipakai oleh Eric.

“Arcenders????”

No comments:

Post a Comment

Pengunjung blogger ini!