Thursday, May 19, 2011

Epis0de 5

Kemudian,kedua-dua rantai Ascenders yang dipakai itu mengeluarkan cahaya bewarna biru.Eric melepaskan pelukannya.Rantai itu kemudian terapung dan ia memaparkan kejadian yang berlaku pada 10 tahun dahulu dimana Erin kehilangan ibu,ayah dan abangnya manakala Eric yang kehilangan adiknya.

“Mama..jangan tinggalkan Erin..Abang!Papa!!Janganlah tinggalkan Erin sengsorang kat sini..”Tangisan budak kecil itu berterusan.Seorang wanita yang bergelar mama sedang memujuk gadis itu sebelum memasuki portal biru yang  berada di belakang rumah mereka.

“Jangan menangis sayang..mama akan selalu melindungi kamu.Eric,mari sini.”Panggil mama.Budak lelaki itu datang.Dengan serta merta wanita itu memeluk kedua-dua anaknya.Tangannya memegang dua buah permata bewarna biru.

“Pakai benda ni ye?Janji dengan mama yang kamu berdua takkan buka benda ni ye?”Kata Mama sambil memasangkan kedua-dua buah permata itu ke leher anak-anaknya.

“Hey!!Cepatlah!Terhegeh-hegeh!!”Suara bengis lelaki yang berada di belakang mama memarahi mereka.Tak puas hati,dia menarik bahu mama masuk ke dalam portal itu.Begitu juga dengan Abang Eric.

“Mama!!Abang!”Tangisan Erin makin kuat.Lelaki itu ketawa.Kemudian dia menghampiri Erin.Cuba menanggalkan permata yang berada di leher Erin.Namun atas kekuasaan kasih sayang,rantai itu tidak boleh dicabut.Geram dengan itu lelaki itu menampar Erin.Tangannya memegang kepala Erin.Mulutnya membaca mantera.

Seketika kemudian,Erin sudah tidak  mengingati apa-apa.Semuanya kosong.Apa yang dilihatnya hanyalah kekotoran dan sedikit kacau-bilau.Seakan-akan disitu pernah berlaku pergaduhan.



Erin!Erin adik abang!Kamu masih hidup!!”Eric hampir menangis apabila berjaya menemukan adiknya setelah 10 tahun mereka berpisah.Dia memeluk adiknya.Erin turut gembira.Sekarang,dia tahu dia tidak keseorangan.Rupa-rupanya,ingatannya telah dihilangkan.Dalam hati dia ingin membalas dendam terhadap lelaki itu yang telah memisahkan mereka berempat.

*****************************


“Macam mana kau boleh tersasar Hakim??!”Marah HaiQal.Hakim hanya tunduk.Ketika itu semua kesatria sedang berkumpul di dewan makan,berbincang tentang kehilangan Erin atau lebih tepat lagi,sedang bergaduh.

“Aku mana tahu yang askar tu nak mengelak!Janganlah asyik nak salahkan aku!”Hakim melindungi dirinya.HaiQal menumbuk meja.Mereka berlima terkejut.Hairie bangun cuba meredakan suasana.

“Sabar Qal..Erin pasti kembali”Pujuknya perlahan.Tak mahu memburukkan keadaaan.

“Tapi kau sendiri tahu kan Hairie,Lightning Archer tu mampu melenyapkan sesiapa pun dari dunia ni kan?Kalau Erin betul terkena benda tu?Bagaimana dengan kita?Bagaimana kita dapat selesaikan misi ni?Bagaimana dengan kehidupan aku!Aku tak nak selama-lamanya berada di dunia ni!”Myrul naik angin mendengar apa yang dikatakan oleh HaiQal itu.Dia bangun lalu sebuah tumbukan dilepaskan.

BUK!!

HaiQal jatuh.”Kau kenapa pulak!!”

“Aku tak sangka kau ni mementingkan diri sendiri!!”Marah Myrul balik.

Erin pun salah satu daripada kita.Janganlah kau asyik menyebut yang dia dah mati!Dia masih hidup.Cubalah kerah sikit tenaga korang semua untuk cari dia.Jangan asyik duduk terperap kat sini dan menyesali apa yang Hakim dah buat!”Nasihat yang tadi ditujukan keada HaiQal kini beralih kepada semua orang.

Yang lain hanya mengangguk.HaiQal hanya mencebik.Dia mengelap darah yang keluar daripada bibirnya.Myrul menghulurkan tangannya.

“Maafkan aku,hanya dengan menumbuk kau baru sedar.Friends?”HaiQal senyum.Dia menyambut huluran tangan Myrul.

“Friends..”



“Patutla Erin rasa tenang jer bila dekat dengan abang..”Beritahu Erin.Eric hanya tersenyum.
“Abang pun begitu,bayangkan betapa terkejutnya abang bila Erin beritahu yang Erin ni kesatria.Dahla tu,musuh kerajaan abang pulak tu.”Eric mencubit hidung adiknya itu.

“Tapi abang,macam mana nak cari ibu?”Erin mengajukan soalan yang susah dijawab oleh Eric.Eric senyap seketika.Memikirkan sesuatu.

“Ha!Abang tahu.Kita cari je perempuan yang ada batu permata macam kita ni.”Eric mengemukakan cadangan.

“Kalau ramai orang yang pakai permata ni jugak?”Tanyanya lagi.Eric menggeleng.

“Tak..takkan punya.Permata ni Cuma ada sebanyak 3 kali dalam 100 tahun”Terang Eric.Erin sudah melopong.100 tahun?Biar betul?

“Tak ke nanti akan menimbulkan kekecohan apabila mereka lihat seorang kesatria dan Putera Kejahatan bersama?”Erin risau.Eric kembali memikir.Bagaimana ye?

“Abang..macam mana abang boleh jadi Putera Kejahatan ni?”Belum sempat Eric menjawab soalan tadi,Erin sudah bertanya lagi.Apabila mereka sudah sampai topik kejahatan,peluang itu digunakan untuk menanyakan perkara tersebut.

“Abang tak ingat,sejak abang ditolak masik kedalam portal itu,abang dijadikan putera di dunia Darksym ni.Abang dilatih membaca mantera,berlawan dan mengawal minda orang.Bila abang mimpi tentang ibu dengan Erin,abang akan beritahu orang itu.Raja Helios.Tapi dia akan hilangkan ingatan abang balik,sama seperti yang dilakukan kepada Erin.Buat pengetahuan Erin,Raja Helios tu sebenarnya ialah papa kita..”Beritahu Eric.

Erin terkejut.Papa kita??

“Habistu,kenapa papa buat kita macam ni?”Erin bertanya lagi.

“Papa dah kena rasuk dengan roh jahat.Dia menggunakan badan papa untuk menakluki Dunia Fantasym.Sebab tu Eric ikut segala arahan dia.Kalau tak,dia akan menyeksa tubuh papa.”Beritahu Eric lagi.Erin menekup mukanya.Dia takut dia akan menangis lagi.Kenapa semua ni harus berlaku terhdap keluarga mereka?Kenapa bukan orang lain?

“Sabarla Erin..setia kejadian pasti ada hikmahnya..”Pujuk Eric.Dia juga memikirkan hal yang sama.

“Kalau begitu,sudi tak abang ikut Erin kembali ke Istana Fantasym?Kita boleh sama-sama menyelamatkan mama dan papa kita.”Pelawa Erin.Dia begitu berharap supaya abangnya bersetuju dengan rancangan tersebut.Anggukan Eric menggembirakan dia.Namun,kerisauan tetap bertandang di hatinya.

Pengunjung blogger ini!